Rabu, 3 April 2013

Belajar Memajak Di Ar Rahnu




Assalamualaikum semua..

Harini, saya nak cerita sekali lagi tentang Ar-rahnu..bukan ape, sebab masih ramai yang tertanya2..camne nak pajak kat ar-rahnu ni..ape yang kena bawak, ape yang kena ade, ape yang itu..ape yang ini..ehehhe..takpe2..kali ni saya cuba ceritakan secara ringkas dan padat supaya semua orang boleh paham.

ok, mula2, saya nak cerita dulu tentang pelaburan emas dalam buku akaun. Nak cerita sikit je..supaya anda nampak beza dengan lebih jelas antara emas dalam buku akaun dan emas fizikal.

Contoh emas dalam buku akaun : Public Bank Gold Investment Account, MaybankGoldSavingPassbook Account (GSPA) dan lain2..

 
ok, sebenarnya emas fizikal dan emas buku pelaburan ada kelebihan masing2..cuma didalam teknik ar-rahnu, hanya emas fizikal saje yang boleh digunakan. Emas dalam buku pelaburan boleh tak boleh guna cara ini.
Biasanya, teknik ar-rahnu digunakan bila pemilik emas tersebut memerlukan/nak guna wang pada satu-satu masa tertentu.
Bila pemilik tersebut nak guna wang, terdapat dua cara untuk mendapatkan wang, iaitu merompak sori bukan dengan merompak..hehe..
  1. menjual emas yang ada padanya
  2. memajak emas tersebut
Cara pertama iaitu dengan menjual emas, kedua-dua jenis emas pelaburan boleh gunakan teknik ini.

Situasi pertama
Di mana, bila harga emas sedang naik, boleh la jual emas yang ada pada kita tu. Dengan cara ini, kita boleh dapat untung sebab jual pada harga yang tinggi. Lebih tinggi daripada harga emas semasa kita mula2 beli dulu.

Situasi kedua
Tapi, bagaimana kalau masa kita nak jual tu, harga emas tengah rendah? Time tengah terdesak nak guna duit, harga emas turun pulak. Kalau kita jual time tu, kita akan rugi. Betul tak?

Situasi ketiga
Kita sayang nak jual emas tu, sebab masa kita beli tahun lepas atau 2-3tahun lepas harga emas tu baru dalam RM100-120/gram. Tapi sekarang ni dah RM140/gram..Kalau kita jual emas ni sekarang, nanti nak beli balik harga emas dah naik..so makin mahal..
Jadi, jika anda sayangkan emas tersebut maka teknik ar-rahnu memainkan peranan penting disini.
Sehingga kini, ar-rahnu yang terbaik adalah AGRO Bank.
  1. Sebab Agro Bank tawarkan nilai yang lebih tinggi dari ar-rahnu lain
  2. Sebab Agro Bank terima semua jenis emas jongkong, syiling, barang kemas.
  3. Tapi malangnya sehingga kini semua ar-rahnu x terima emas dalam buku pelaburan
p/s: jadi kepada pemilik emas dalam buku pelaburan, memang teknik ni x sesuai untuk anda. Tapi takpe, boleh belajar untuk tambah ilmu.

Jadi, apakah keperluan yang anda perlu tahu sebelum nak pergi pajak kat ar-rahnu Agrobank?
  1. Bawa Kad pengenalan
  2. Kena ada akaun di Agro Bank (kalau takde, cuma perlu buka akaun RM20 saja minimum)
  3. Bawa Emas yang nak dipajak
  4. Kalau emas tu ada sijil dia, bawa bersama 
ok, kalau sebelum ni, harga emas 999 kalau nak pajak kat AGRO Bank cuma RM118.20/gram

Lepas tu, harga emas yang saya pajak untuk emas 999 dah naik, saya pun x sedar bila dia naik, tapi yang pasti masa saya pajak masa tu dalam bulan jun ke bulan julai camtu, dah naik jadi RM126/gram.
Nak tunjuk contoh pon saya dah pergi tebus dah emas tu..hehe

Lepas tu, 2-3 hari nak raya, saya pergi pajak lagi..maklum la..nak raya nak guna banyak duit 
Kali ni, masa saya pajak tu, harga emas dah naik jadi RM148.50/gram
Ok jom kita tengok contoh pengiraan nilai pajakan emas tersebut.
ok, macam mana nak kira?

harga emas untuk 999 yang ditawarkan oleh AGRO Bank = RM148.50/gram
Berat emas yang saya pajak = 100gram
Nilai Marhun = Nilai emas saya
= RM148.50 x 100gram
= RM14,850.00
Jika ini adalah pajakan pertama, saya hanya layak untuk meminjam 60% sahaja dari Nilai Marhun
Memandangkan pajakan ini bukan pajakan pertama saya, jadi saya boleh pinjam sehingga 70% dari Nilai Marhun emas saya.

Jadi, saya layak untuk meminjam,
75% x RM 14850
= RM11,137.50

tapi kalau anda lihat nilai pinjaman saya di atas hanya RM10,000.00 saja kan? Sebenarnya saya saje je minta RM10,000.00 Jadi terpulang kepada kita nak pinjam brapa banyak cuma maksimum pinjaman adalah RM11,137.50
ok, macamana kira upah simpan?

Upah simpan kita telah ditetapkan hanya RM0.60sen untuk setiap RM100 nilai emas kita (nilai marhun)
Sebab nama pun UPAH SIMPAN jadi, dia akan caj upah untuk dia simpan emas kita tu bukan ikut brape banyak yg kita pinjam.
jadi, pengiraannya macam ni;

RM14850.00 (nilai marhun) x 0.60sen(upah simpan) bahagi RM100 (sebab untuk setiap RM100)
= RM 89.10/bulan

disebabkan kita boleh meminjam sehingga 6 bulan pertama, jadi anda boleh lihat nilai upah simpan kat gambar diatas adalah RM534.60 (RM89.10 x 6 bulan)

Kalau anda lihat, ansuran bulanan saya adalah sebanyak RM1666.66 yang ni tak termasuk upah simpan lagi. sebenarnye terpulang pada kita, nak bayar RM1666.66 setiap bulan ke, atau nak bayar rm2000.00 setiap bulan ke..atau xmo bayar langsung tapi dah cukup 6 bulan baru nak bayar pon boleh jugak..bayar sekaligus RM10,000.00 + RM534.60 untuk upah simpan 6 bulan.

Tapi, kalau kita x mampu bayar untuk jangka masa 6 bulan, boleh di ‘extend’ lagi selama 3 bulan, kalau x mampu lagi boleh lagi di ‘extend’ untuk 2 bulan lagi..jadi total semua 11 bulan la..cuma upah simpan tu kena kira balik untuk 11 bulan..ada pahammm??

haaa..mudah je kan?lepas ni boleh la sampai2kan pada kawan2 lain..

5 ulasan:



  1. Kursus Pelaburan EMAS (Saving/SpotGold/Brg Kemas)

    Kandungan Kursus GOLD trading (Personal Coaching):

    Sesi Advance: Pelaburan Emas Fizikal - Gold Bar / Barang Kemas ( Pelaburan Jangka Panjang )
    Sesi Intermediate: Spot Gold strategy ( Pelaburan Harian - Pulangan RM100 SEHARI ! )
    Sesi Beginner: Pelaburan Emas Simpanan Tetap di Bank melalui Buku Akaun



    Kelas dijalankan di Seluruh Negara pada hari Ahad atau Rabu di kawasan sekitar...

    ...Port Dickson, Kuantan, Chini, Perak, Miri, Kota Kinabalu, Sandakan, Bintulu, Kuching, Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Melaka, Seremban, Klang, Terengganu, Kerteh, Pulau Pinang, Labuan, Puchong-Putrajaya, Kelantan, Langkawi & Kerteh


    *Kelas juga boleh diambil secara Online


    Pendaftaran boleh dibuat di : http://klgoldshop.2ya.com
    Maklumat lanjut di : http://KLFX.blogspot.com






    *****Share INFO ini di Wall Facebook Anda !


    BalasPadam
  2. Saya simpan emas. Tapi tak pernah pajak. Baca ni, dah faham byk jugak... terima kasih. Semoga murah rezeki.

    BalasPadam
  3. Saya simpan emas. Tapi tak pernah pajak. Baca ni, dah faham byk jugak... terima kasih. Semoga murah rezeki.

    BalasPadam
  4. I want to share with you all here on how I get my loan from Mr Benjamin who help me with loan of 400,000.00 Euro to improve my business, It was easy and swift when i apply for the loan when things was getting rough with my business Mr Benjamin grant me loan without delay. here is Mr Benjamin email/whatsapp contact: +1 989-394-3740, lfdsloans@outlook.com / lfdsloans@lemeridianfds.com. 

    BalasPadam
  5. I want to share with you all here on how I get my loan from Mr Benjamin who help me with loan of 400,000.00 Euro to improve my business, It was easy and swift when i apply for the loan when things was getting rough with my business Mr Benjamin grant me loan without delay. here is Mr Benjamin email/whatsapp contact: +1 989-394-3740, lfdsloans@outlook.com / lfdsloans@lemeridianfds.com. 

    BalasPadam