Emas Dijangka Cecah RM503.00 Satu Gram Menjelang 2020
- Standard Chartered Bank menganggarkan harga emas bakal
mencecahAS$5,000 seauns atau kira kira AS$160 (rm503) satu gram menjelang
2020,disokong permintaan kukuh dari China dan India.
- Ketua penyelidik Global komoditinya, Hsi Han Pin
berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumag di China dan
India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh
guna di dua negara pembeli utama dunia itu akan mendorong peningkatan
permintaan bagi logam berharga berkenaan.
- Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia
mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu
melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal
tinggi.”kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan
perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan
pelabur dari bank pusat membeli emas,” katanya pada taklimat
penyelidikan Global 2012 diKuala lumpur.
- Hsi menambah, harga emas juga akan disokong oleh
persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank
pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkan pada paras
terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.
- Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan
mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau
AS$61 (Rm194) satu gramSeptember lalu berikutan kebimbangan krisis hutang
di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.
- Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh
mendadak berikutanpengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana
lindung nilai.Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua penyelidik Asia Tenggara
Standard CharteredBank, Tai Hui meramalkan ekonomi negara ini akan
berkembang 2.7 peratus tahun ini berikutan 4.8 peratus tahun lalu
berikutan ketidaktentuan ekonomi global.
- Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama
yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan
minyak sawit, getah dan gas cecair menyumbang 70 peratus kepada
pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan
bulan tahun lalu.
- Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan
penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan
kampung.
- “Harga komoditi yang tinggi membantu ekonomi domestik
berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran Global,” katanya.
- Beliau menambah,pihaknya menjangkakan harga CPO akan
berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada Rm3,216
setan tahun lalu. Inflasi pula dijangka berkurangan kepada 2.6
peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus tahun lalu berikutan
kestabilan harga komoditi dan makanan.
- Pihaknya juga berpendapat bahawa Bank Negara Malaysia
(BNM) akanmengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus
tahun ini,dan menjangkakan ringgit akan mencecah paras Rm 3.03 berbanding
dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga emas yang kukuh-
Berita Harian.
Casino Lake Tahoe, Stateline - Mapyro
BalasPadamCasino Lake Tahoe, Stateline. 구미 출장마사지 Distance from Stateline Airport (South). 부천 출장안마 49.5 울산광역 출장마사지 mi (53.5 양주 출장샵 km) from Casino Lake Tahoe, Stateline. Distance from Lake Tahoe Stateline Rating: 2.1 · 5 reviews 인천광역 출장마사지