Ahad, 27 Januari 2013

Apa Yang Dikatakan Dinar Emas..




  •  Mengapa Dinar Emas begitu istimewa? Karena bahan pembuatnya yaitu emas merupakan konduktor terbaik di dunia, Emas tidak beroksidasi dengan oksigen sehingga tidak akan berkarat, Emas merupakan pemantul panas terbaik.
  • Itu merupakan sebagian keistimewaan emas dan masih banyak lagi kehebatan lainnya, bahkan keistimewaan emas membuat Ibnu Khaldun terkagum-kagum sehingga di dalam kitab Muqaddimah-nya yang termahsyur, Ibnu Khaldun menyatakan bahwa Allah SWT telah menciptakan emas dan perak sebagai alat pengukur nilai (measure of value). Al-Magrizi dalam Ighatsah mengatakan bahwa Allah SWT tidak hanya menciptakan  logam mulia tersebut sebagai alat pengukur nilai atau harga bagi segala sesuatu, namun juga sebagai alat tukar yang sejati (the real medium of exchange).  
  • Emas juga sangat bernilai karena langka (rare), Iron and Steel Institute, sebuah lembaga ilmiah yang melakukan pengkajian terhadap banyak logam termasuk emas yang bermarkas di Washington DC, menyatakan bahwa produksi baja di AS sejak tahun 1995 mencapai 10.500 ton perjam. Sementara penambangan emas sedunia dari tahun ke tahun hanya mengalami kenaikan dua persen. Dalam satu tahun penambangan emas di seluruh dunia hanya sanggup menghasilkan sekitar 2000 ton emas.
  • Bukan suatu kebetulan bila emas, perak dan tembaga terletak dalam satu kolom yang sama pada tabel periodik kimia yaitu Aurum, Argentum dan Cuprum. Pada zaman jauh sebelum tabel periodik kimia ditemukan, emas, perak dan tembaga telah digunakan sebagai uang (alat tukar). Emas (Dinar) digunakan untuk nilai tukar yang besar, Perak (Dirham) digunakan untuk pertukaran dengan nilai yang lebih kecil dan Tembaga (Fulus) untuk transaksi yang paling kecil.
  • Emas merupakan logam yang lunak dan sangat mudah ditempa. Tidak seperti logam lainnya yang memiliki keterbatasan ketahanan dalam penempaan, Emas sanggup ditempa menjadi lembaran super tipis yang nyaris transparan (melleable), sehingga 1 ons emas sanggup dijadikan sebuah lembaran sangat tipis dengan luas seukuran 100 kaki persegi. Bila dijadikan tali super tipis, satu ons emas bisa direntangkan sepanjang 50 mil.
  • Emas memiliki kestabilan nilai yang MENGEJUTKAN!!. 1400 tahun lalu di zaman Rasulullah, harga seekor ayam dewasa adalah 1 dirham yang di Mei 2012 dikurskan sekitar 70.000 rupiah dan harga seekor kambing dewasa yang sehat seharga 1 dinar yang di tahun 2012 sekitar 2.200.000 rupiah, tidak berbeda jauh bukan? bisa dikatakan harga seekor kambing selama 1400 tahun tidak mengalami kenaikan bila dibandingkan dengan emas. Bandingkan dengan nilai uang kertas, dalam waktu beberapa tahun saja nilainya menyusut menjadi sepersekiannya.
  • Harga emas selalu dikabarkan di media massa mengalami kenaikan terus menerus. sejatinya, nilai emas stabil, uang kertas lah yang nilainya turun relatif terhadap emas akibat inflasi. Emas adalah uang sepanjang zaman, emas selalu menjadi uang dalam sejarah manusia diakui ataupun tidak. Pada kenyataannya, pemerintahan-pemerintahan dunia mengendalikan nilai uang kertasnya dengan cara mempengaruhi suplai emas di pasar adalah sebuah pengakuan bahwa emas lah yang sebenarnya uang itu.
  • Pada akhir tahun 2008 lalu, nilai emas sempat turun karena The Fed berencana menjual stok emasnya sebesar 40 ton. Ini merupakan bukti tambahan yang menguatkan bahwa emas adalah uang yang sebenarnya. Emas adalah mata uang surga, istilah ini menyatakan bahwa mata uang emas merupakan kreasi tuhan yang diturunkan kepada manusia di bumi. Namun sayangnya akibat keserakahan (greedy) sebagian kecil manusia maka emas dihapuskan peranannya sebagai mata uang sejati.
  • Sudah saatnya kita beralih ke emas, sebagai alat ukur maupun sebagai alat tukar…minimal orientasi berfikir kita adalah emas…DINAR ORIENTED..

Sabtu, 26 Januari 2013

Tips Untuk Membeli Barang Kemas Bernilai Tinggi

 
  clip_image001
Ada juga sahabat yang berhajat nak melabur dalam emas, tapi terbeli barang kemas. Nasihat saya, kalau nak beli barang kemas, jangan sekadar untuk perhiasan, tapi jadikan ia sebagai aset (harta). Maksudnya, bila nak pakai duit, barang kemas tu boleh ditukar kepada duit dengan nilai yang tinggi.
Jangan lupa, tak semua barang kemas boleh jadi asset bernilai tinggi. Ada barang kemas yang akan terus susut nilai 25% – 50% lepas kita beli. So, untuk pastikan barang kemas tu bernilai tinggi, ikut tip-tip penting ni bila nak beli barang kemas:

Tip #1: Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja
Kedua-dua jenis ketulenan emas tu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab ia telalu lembut dan mudah lekuk. Untuk kenal emas 999 dan 916 ialah cek pada bahagian belakang barang kemas tu sebab biasanya ia akan ditempa dengan cop “999” dan “916”. Satu lagi, kalau dibakar, ia tak tinggalkan kesan kehitaman.
Perkembangan terkini, ada beberapa Ar-Rahnu tak terima pajakan barang kemas 999. Jadi, untuk pastikan barang kemas tu nanti boleh dipajak in case terdesak nak pakai duit,belilah barang kemas 916 sahaja.
 
Tip #2: Beli barang kemas padu/ tumpat sahaja
Elakkan barang kemas yang berlubang/ kosong di dalam. Ini penting untung memudahkan proses penilaian ketulenan menggunakan densimeter bila nak jual balik ataupun dipajak di Ar-Rahnu nanti. Densimeter tak dapat buat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang belubang ataupun mempunyai batu pertama.
Selain daripada tu, barang kemas padu lebih kukuh, tahan lasak dan payah patah, putus, bengkok, rosak dsb. Bila barang kemas tu rosak, terpaksalah trade-in sebagai ‘used gold’ dengan harga diskuan 25%! Banyak tu. Kalau simpan jer, nanti kena zakat sebagai emas yang tak dipakai yang nisabnya lebih tinggi emas yang dipakai.
 

Tip #3: Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata
Barang kemas yang ada batu permata rendah nilai ‘2nd hand value’nya. Nilainya sangat rendah bila nak jual balik dan tak diterima untuk gadaian. Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab ia tak cukup kuat untuk pegang permata. Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100% emas 916. Mungkin pada bahagian permata tu ialah emas 750, tetapi dijual semuanya pada harga 916! Ms. Denise (trainer Public Gold) dedahkan memang pernah ada kes macam ni.
 

Tip #4: Simpan resit belian
Resit asal belian akan membezakan nilai bila nak jual balik pada pengeluar, dan ia perlu untuk pajak di Ar-Rahnu nanti. Kalau nak jual balik emas yang kita beli dari Poh Kong contohnya; kalau ada resit dia beli balik dengan harga diskaun 20% (spread), kalau tau tak ada resit asal, dia akan beli dengan diskuan 25% dari harga semasa.
 

Tip #5: Jangan beli emas putih
Emas putih di jual pada harga platinum (logam paling mahal, lebih mahal daripada emas 999), tapi tak ada second hand value. Emas putih mengandungi samaada 75% atau 37.5% emas, selebihnya dicampur dengan logam lain. Rupa emas putih sama dengan silver. Bezanya cuma terdapat cop “750” atau “375” sahaja. Berdasarkan apa yang saya survey, ada juga kedai emas yang jual emas putih sanggup beli balik pada harga diskuan 30% kalau ada resit, dan 50% kalau tak ada resit. Tapi umumnya, bukan mudah nak jual balik emas putih tu. Pokoknya, memang ianya rugi dari sudut pelaburan.
Sebelum saya finalise posting artikel ni, saya terbaca beberapa tip lagi yang dikongsikan oleh Syukor Hasyim (Jutawan Emas) dalam artikelnya terbaru bertajuk “Tip: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas”:


Tip #6: Survey kos upah paling rendah.
Kos upah berbeza untuk satu kedai dengan kedai yang lain walaupun designnya sama. Kalau tak ada kos upah lagi bagus.


Tip #7: Cari kedai yang jual emas bawah harga FGJAM (Persatuan Pekedai Emas). Harga ‘standard’ pekedai emas boleh rujuk di sini www.fgjam.org.my


Tip #8: Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi.
Secara puratanya, mereka beli balik dengan harga diskaun 20% – 25%, tetapi ada juga kedai yang sanggup beli balik dengan harga diskuan 15% untuk barang kemas yang dibeli di kedainya.
Mudah-mudahan, 8 tips ini boleh dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat membeli barang kemas yang bukan sahaja berfungsi sebagai perhiasan, tapi ia juga boleh dijadikan pelaburan yang bernilai tinggi. Sambil menyelam minum air, insyaAllah..

























Analisis Pasaran Emas 2013

                                         Jongkong Emas

Analisis Harga Emas 2013 DiJangka Meningkat USD2,000.00
clip_image001
Tahun 2012 adalah harga emas yang direkodkan terlalu lemah dalam sejarah kenaikan harga emas, tidak ketinggalan juga ramai orang yang rugi pada tahun 2012,ditambah lagi dengan isu semasa dimana dikuatkuasa undang-undang kepada syarikat-syarikat tertentu yang menjual emas secara memanipulasikanya.
Baru-baru ini dikejutkan berita tentang emas syarikat Geneva yang diserbu oleh Bank Negara Malaysia (BNM) tentang salah guna penjualan emas,yang dikatakan menyalahi undang-undang Amla & Bavia yang telah ditetapkan oleh Bank Negara. Kejadian itu ramai pelabur-pelabur mereka yang berputih mata,kerugian mereka dianggarkan mencecah jutaan ringgit.
Expectations Mixed On Whether Gold To Hit $2,000 (Jangkaan harga emas 2013 mencecah $2000)

Penganalisis Kitco menulis kenyataan dalam kitco News bahwa harga emas boleh mencecah sehingga $2000 pada tahun 2013. kenaikan tersebut dinyatakan dengan yakinnya adalah “pasti” cuma anggaran yang tepat tidak dinyatakan. Mengikut pergerakan pada tahun ini 2012 adalah sangat lemah bermula dari awal tahun,harga yang didapati dipenghujung tahun ternyata melarat sehingga $1653.10 daripada kenaikan $1920.30 yang pernah direkotkan dalam sejarah kenaikan harga emas.
“We are confident that the gold price will achieve–and indeed exceed, at least temporarily–the $2,000-per-troy-ounce mark next year,” said Commerzbank. “The key price drivers are the central banks with their ultra-loose monetary policy, which undermines the value of currencies. The debt crisis in the eurozone and the geopolitical risks in the Middle East are also likely to ensure latent demand for gold as a safe haven.”
Kenyataan yang dikeluarkan oleh “Commerzbank” dia terlalu yakin dengan hujahnya,menurutnya permintaan Loga Emas pada tahun depan meningkat ini adalah penyebab utama kanaikan harga emas, Krisis ekonomi dianggarkan melarat sehingga satu penyelesaian yang drastik diantara dua belah negara yang berperang.
Apa akan terjadi di Malaysia sekiranya harga emas boleh mencecah sehingga $2000? ini adalah satu fenomina yang baru, mungkin makin ramai pembeli yang tersenyum semula,bahkan mereka tidak takut untuk menambahkan stok mereka. Percubaan pada tahun ini mereka gagal dalam keuntungan,bahkan ramai yang mengeluarkan wang masing2 untuk memaximumkan kerugian.
untuk info lanjut tentang harga emas 2013 boleh layari:http://www.kitco.com/reports/KitcoNews20121221AL_2013outlook%20lead.html