Isnin, 18 Februari 2013

Emas Dijangka Cecah RM503.00 Satu Gram Menjelang 2020



  • Standard Chartered Bank menganggarkan harga emas bakal mencecahAS$5,000 seauns atau kira kira AS$160 (rm503) satu gram menjelang 2020,disokong permintaan kukuh dari China dan India.
  • Ketua penyelidik Global komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumag di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.
  • Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.”kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dari bank pusat membeli emas,” katanya pada taklimat penyelidikan Global 2012 diKuala lumpur.
  • Hsi menambah, harga emas juga akan disokong oleh persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkan pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.
  • Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (Rm194) satu gramSeptember lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.
  • Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutanpengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua penyelidik Asia Tenggara Standard CharteredBank, Tai Hui meramalkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berikutan 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.
  • Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.
  • Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.
  • “Harga komoditi yang tinggi membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran Global,” katanya.
  • Beliau menambah,pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada Rm3,216 setan tahun lalu. Inflasi pula dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus tahun lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.
  • Pihaknya juga berpendapat bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akanmengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini,dan menjangkakan ringgit akan mencecah paras Rm 3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga emas yang kukuh- Berita Harian.

Khamis, 14 Februari 2013

10 KESILAPAN PELABUR-PELABUR EMAS



Kesilapan #1: Melabur ikut-ikut tanpa ilmu. Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan. Baca at least 1 buku pelaburan emas yang ada kredibiliti sebelum bermula dan datanglah ke mana-mana talk atau seminar tentang pelaburan emas.

Kesilapan #2: Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama. Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. Untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah.

Kesilapan #3: Membeli barang kemas. Barang kemas bukanlah emas pelaburan. Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan kos workmanshipnya boleh dimanipulasi oleh kedai emas. Susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%.

Kesilapan #4: Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas. Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dsb. Kalau buka seal, emas tu boleh susut nilai sehingga 25%.

Kesilapan #5: Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat. Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread antara 4% – 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh.

Kesilapan #6: Pinjam duit untuk beli emas. Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur.

Kesilapan #7: Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain. Emas paling murah, jual balik pun murah. Kena ambil kira juga kadar spreadnya, permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar Kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.

Kesilapan #8: Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul. Teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak, (2) Duit itu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Tip penting, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.


Kesilapan #9: Membeli emas fizikal di bank. Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak! Dan kalau bank tak terima, kita akan rugi 25% kalau jual sebagai ‘used gold’ di kedai emas.

Kesilapan #10: Menjual emas ditempat yang salah. Tempat terbaik jual emas anda ialah di mana anda membelinya. Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (diskaun) yang dikenakan daripada harga semasa.




Ahad, 3 Februari 2013

Teknik Gunakan Dinar Untuk Mengerjakan Haji...


Post kali ini saya hendak sentuh tentang menampung kos Haji dengan menggunakan Dinar emas. Ramai di antara kita di sini yang mungkin terlepas pandang, bahawa sebenarnya, kos menunaikan haji jika dibiayai oleh dinar emas adalah semakin berkurang dari tahun ke tahun. Hal ini terjadi kerana berlakunya kenaikan nilai emas pada setiap tahun.





 

Berikut adalah kiraan kos haji bagi tahun-tahun yang lepas berdasarkan nilai dinar emas;
Tahun 2002:-
1 Dinar = RM 140
Kos Haji = 65 keping (ikut gambar graf di bawah) X RM 140
Jumlah = RM9,100.00
Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.
Tahun 2009:-
1 Dinar = RM 502
Kos Haji = 18 keping (ikut gambar graf di bawah) X RM 502
Jumlah = RM 9,036.00
Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.
Tahun 2010:-
1 Dinar = RM 595
Kos Haji = 17 keping x RM 595
Jumlah = RM 10,115.00 ( Kos haji pada tahun 2010 hanya RM 9,980)






Sumber kos Haji boleh dibaca di BERITA HARIAN
Berdasarkan rekod yang diperoleh, dapat dianggarkan bahawa,pada tahun 2015, kos menunaikan Haji hanya memerlukan 10 Dinar Emas sahaja. 











Dinar dan Dirham Amalan Sunnah Yang Ditinggalkan





Sesungguhnya Allah SWT menurunkan Al-Quran sebagai panduan buat umat Islam sehingga kiamat. Panduannya amat lengkap daripada A-Z, meliputi segenap aspek : keimanan, ibadat, akhlak, muamalat (ekonomi), munakahat (rumah tangga) dan jinayat ( jenayah ), politik, sosial, geografi, sains, matematik, bahasa, sastera dan banyak lagi ilmu-ilmu yang telah ada dan juga ilmu-ilmu yang belum ada lagi!!.
Baiklah, perkataan emas dalam bahasa Arab dinamakan dzahab manakala perak pula ialah fidhah. Di dalam Al-Quran, dzahab disebut sebanyak 8 kali sahaja dan fidhah sebanyak 6 kali. Kalau ada lebih daripada itu, mari kita sama-sama berbincang dengan niat yang positif. Tentu ada sahabat yang lebih mendalam ilmunya daripada saya. Saya pun bukannya ahli dalam bidang ini.
Berikut adalah senarai surah dan ayat yang mempunyai perkataan dzahab (emas) :-

1. Ali Imran ayat 14
2. Ali Imran ayat 91
3. At-Taubah ayat 34
4. Al-Kahfi ayat 31
5. Al-Hajj ayat 23
6. Al-Faatir ayat 33
7. Az-Zukhruf ayat 53
8. Az-Zukhruf ayat 71

Dan berikut adalah senarai surah dan ayat yang mempunyai perkataan fidhah(perak) :-

1. Ali Imran ayat 14
2. At-Taubah ayat 34
3. Az-Zukhruf ayat 33
4. Al-Insaan ayat 15
5. Al-Insaan ayat 16
6. Al-Insaan ayat 21

Kesimpulan
Apa yang perlu diutamakan dan diberi perhatian adalah intipati daripada ayat-ayat tersebut, hukum-hakam berkaitan emas dan perak seperti jual belinya perlu tunai tidak boleh berhutang (riba), serahannya perlu tunai, tidak boleh diposkan dan sebagainya.
Sebagai umat Islam, kita perlulah mendahulukan hukum Syariah dalam segala perbuatan kita, kehidupan kita, perniagaan kita dan sebagainya. Oleh itu, sebelum kita melakukan sesuatu, pastikan betul-betul bahawa tindakan atau perbuatan kita itu dibenarkan oleh Syara’. Caranya bukannya sukar iaitu carilah alim ulama disekitar kita dan tanyakan mereka tentang sesuatu hukum yang berkaitan. Sesungguhnya mereka adalah pewaris Nabi setelah ketiadaan Rasulullah yang amat kita sayangi.

Jumaat, 1 Februari 2013

Catatan Seorang Pakar Emas:" Dari Mana Datangnya Emas?"



Soalan : Bagaimana beberapa utas rantai emas ini boleh membeli sebuah rumah ? Kalau satu utas ni 999 beratnya 100g, kesemuanya bernilai RM170,000. Beberapa utas ini boleh muat dalam poket sebelah seluar jeans sahaja beb !

Pelik bukan ? Logam kuning ini, yang tidak berbuah, tidak berbunga, tidak bercambah, bau pun takde, rasa pun tawar, tapi harganya MasyaAllah .. mahal banget !

Saya boleh jawab soalan ini mengunakan alasan ia adalah matawang sejak beribu tahun dahulu, ianya dijadikan pemberian kepada dewa-dewa dan raja-raja, ianya sukar didapati, ianya rare etc.

Tapi saya malas. Saya dah bosan dengan penjelasan itu. Kerana ia masih tidak menjawab persoalan utama, iaitu :
“Kenapa emas dipilih menjadi asset berharga ? “
“Kenapa tidak pilih aluminum ke, batu kerikil ke, iPhone ke, getah sekerap ke ? “
“Kenapa ? Kenapa emas ? Kenapa ?”
Saya dah lama mencari jawapannya, dan percayalah, tanyalah kepada pakar-pakar ekonomi, pakar-pakar pelaburan, bankers, doctor, professor .. tiada siapa boleh menjawab persoalan :

“Kenapa emas DIPILIH menjadi asset berharga ? “

Bagaimana kita hendak jelaskan kewujudan asset emas ini sebagai logam berharga ?
Adakah kerana dengan kepercayaan datuk moyang kita merupakan alasan yang kukuh ?
Adakah kerana ianya sukar didapati ? Tidak mungkin kerana ada banyak lagi logam dalam “periodic table” yang lebih rare seperti Iridium.

Dan jawapannya saya jumpa ditempat yang saya tidak sangka. Jawapanya selama ini ada didepan mata kita sendiri. Telah diletakkan hijab didepan kita. Kita hanya melihat dengan sebelah mata, mata fizikal tetapi tidak dengan mata hati.

Ianya ada dalam jiwa setiap manusia. Ianya telah diprogram dalam akal firkiran manusia sejak Nabi Adam lagi. Sepertimana seorang lelaki yang telah diprogram untuk tertarik pada kaum wanita.

Saya petik kata-kata arwah bekas timbalan governer bank pusat, National Bank of Hungary,
“Terdapat lebih kurang 300 pakar ekonomi dunia yang tidak menyebelahi emas, dan mereka fikir emas hanya satu simbol pemujaan primif. Tetapi malangnya, terdapat 3 billion penduduk dunia yang mempercayai dalam emas” – Janos Fekete (1918-2009)

Jadi jika ianya telah diprogram dalam diri kita, bermakna ianya datang secara semulajadi.
Ianya datang dari Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Mengetahui, Allah s.w.t
Tak percaya ? Anda tanyalah Sheikh Google, tanye kepada Google, apa fungsi emas didalam dunia ini ?
Anda akan temui, hampir 90% emas-emas yang pernah dilombong masih lagi duduk didalam peti-peti besi bank, simpanan peribadi dan barang kemas.
Kalau anda seseorang yang curiga, sudah pasti akan bertanya,
“Kalau duduk simpan saja, buat apa penat-penat pergi melombong & mendulang ?”
Sudah nampak apa yang cuba saya sampai kan ? Apa fungsi Allah cipta emas didunia ini ? Dok sesajer dalam peti besi ?

Rujuklah didalam Al Quran. Apabila disebut emas, ianya sudah pasti bersangkut paut dengan ganjaran Allah. Atau hukuman kerana tidak beramal dengan harta. Atau sebagai perbandingan kejahilan manusia.
Didalam Injil dan Taurat juga ada disebut perihal yang sama.

Kita lihat didalam Al-Quran itu sendiri. Sebahagiannya :

 Sural Al-Hajj ayat 23

Yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera."



Surah Ali Imran ayat 91

Yang Bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun."

Surah Ali Imran ayat 14


Yang Bermaksud:  "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."

Ini adalah firman Allah s.w.t. Kalimah Allah. Kata-kata Allah.
Bukankah Allah telah berfirman Al Quran akan menjelaskan tiap-tiap sesuatu ?

Surah Al Nahl ayat 89

Yang Bermaksud:  "Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam."

Nampak penjelasannya sekarang ? Perlukan saya cakap lebih panjang ?